Meditation bagus

June 28, 2009

Ini gambar hebat

Ini gambar hebat

SETIAP kali menjelang musim perkahwinan, selain busana pengantin yang memerlukan sentuhan kreatif, bakal pengantin turut menggunakan kreativiti memilih aksesori atau hiasan yang sesuai sebagai pelengkap busana di hari bahagia.

Bagaikan puteri, anggunnya penampilan raja sehari, dari hujung rambut ke hujung kaki dijaga rapi. Selain solekan yang menaikkan wajah, kehebatan dalam mengenakan aksesori dan busana pengantin turut diberi perhatian.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih, yang penting majlis gemilang memenuhi impian. Membangkitkan lagi keindahannya, hiasan kerawang, batu permata dan labuci, di padan dengan fesyen potongan moden.

PERSALINAN songket Cik Siti Wan Kembang kaya dengan warisan tradisional.PERSALINAN songket Cik Siti Wan Kembang kaya dengan warisan tradisional.

Bahkan hiasan kepala dan kasut memerlukan pilihan bijak agak penampilan tampak lebih menawan. Penampilan diserikan lagi dengan hiasan aksesori anting-anting, cucuk sanggul dan kalung di leher yang amat serasi dengan busana songket.

Kini terdapat kepelbagaian jenis aksesori yang memenuhi cita rasa asal sahaja bijak memadankan dengan busana yang ditampilkan. Dalam pada itu, penampilan ala barat seperti mengenakan gaun kembang dengan fabrik mewah seperti renda kini menjadi trend generasi muda.

Namun, busana-busana tradisional seperti busana tradisional Cik Siti Wan Kembang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan baju kurung Johor, adalah antara pakaian tradisonal yang cantik dan mendapat perhatian kerana keunikannya.

Mengenali busana tradisional secara lebih dekat dapat mendekatkan diri kita untuk menyelami asal usul dan adat resam nenek moyang sejak zaman berzaman.

Keindahannya sentiasa memberi inspirasi kepada para penggiat fesyen untuk melahirkan rekaan yang menyelitkan elemen-elemen pusaka nenek moyang yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Jika dahulu busana ini sering diperagakan pada majlis-majlis keramaian di istana atau di rumah-rumah golongan bangsawan, kini pemakaiannya boleh dijadikan busana pengantin yang indah.

Entry Filed under: Meditation. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


 

June 2009
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930